Dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UTMSPACE Kuala Lumpur telah mengadakan satu sesi Taklimat Keselamatan dan Pengungsian Bangunan seperti ketetapan berikut:

Tajuk: Taklimat Keselamatan dan Pengungsian Bangunan
Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: 11.00 Pagi
Tempat: Dewan Kuliah 5 (DK5), UTM Kuala Lumpur

Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada staf mengenai risiko kebakaran, bencana, kemalangan dan situasi kecemasan di tempat kerja serta tindakan yang tepat yang perlu dilakukan semasa kecemasan berlaku disamping memupuk budaya kerja dan persekitaran yang selamat.

Sesi taklimat akan disampaikan oleh Ts. Nur Amalina binti Mufid dan Cik Nur Asyhikin binti Azhari, Pensyarah Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM.