Maklumat Pelawat

Selamat datang ke UTMSPACE. Lokasi UTMSPACE adalah berdekatan dengan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Ia dikenali sebagai Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat yang pertamanya di Malaysia. Ia adalah satu entiti dalam Universiti Teknologi Malaysia, dimana ia memfokuskan kepada pembangunan dan peningkatan program pengajian sepanjang hayat. Ia bermula pada Julai 1993 dimana ia ditubuhkan demi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan bilangan sumber manusia yang berkualiti di negara ini.

UTMSPACE menyediakan peluang dan alternatif dalam pendidikan supaya memberi peluang kepada mereka yang kekurangan dan peluang untuk mengikuti sistem pendidikan arus perdana. Walaupun Ibu Pejabatnya berada di Johor Bahru, terdapat beberapa pusat pembelajaran di seluruh Malaysia demi memenuhi keperluan pelanggan kami. Pensyarah kami adalah dari Universiti Teknologi Malaysia, mereka menyediakan kaedah pembelajaran secara "face-to-face" dengan pelajar. Oleh itu, kualiti dan silibus yang diterima oleh pelajar kami adalah sama seperti pendidikan di arus perdana. Selain daripada Program Separuh Masa, kami menyediakan beberapa program lain seperti Program Eksekutif dan Profesional, Program Profesional, Kursus Pendek,dan berbagai lagi.