Audit Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2025 anjuran Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM (OSHE UTM) telah berjaya dilaksanakan di premis UTMSPACE pada 22 Mei 2026. Audit ini diketuai oleh yang berusaha GS Dr. Abd Halim bin Hamzah dari Fakulti Alam Bina dan Ukur selaku Ketua Panel Auditor bagi menilai tahap pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).
Sesi audit turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE, serta Ts. Nik Maria binti Mahamood, Timbalan Dekan Pembangunan SPACE.
Audit ini bertujuan mengenal pasti kekuatan organisasi, peluang penambahbaikan serta memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif untuk seluruh warga kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses audit berlangsung. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan budaya kerja selamat serta menyokong kecemerlangan organisasi dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
