9 Sept. 2025 – Program Sinergi Pelajar Dan Alumni PROSPA 2025 telah diadakan di UTMSPACE Kuala Lumpur. Dengan bertemakan Menyalur Legasi, Membina Aspirasi, program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, YBrs. Prof. Dr. Nazri bin Ali. Dalam ucapan YBrs. Prof. Dr. Nazri Ali, beliau menekankan bahawa program ini adalah langkah membawa secara langsung Alumni untuk berkongsi terus idea dan inovasi kepada pelajar akan dunia keusahawanan.
Kehadiran dua orang Alumni UTM iaitu YBhg. Datuk Ir. Ts. Hj. Zaini bin Ibrahim, Pengarah Urusan, Perunding Irzi Sdn. Bhd. dan YBrs. Kapten Imran bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Aeronaut Sdn. Bhd. melalui acara forum dilihat mampu menyumbang inspirasi kepada pelajar untuk terlibat dalam keusahawanan.
Turut hadir YBrs Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Pengarah Pembangunan UTMSPACE/Timbalan Dekan (Pembangunan) SPACE UTM, pengurusan tertinggi UTMSPACE dan para pensyarah UTMSPACE Kuala Lumpur.