UTMSPACE Ziarah Keluarga Alumni

17 September 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTMSPACE bersama Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM telah menziarahi keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, alumni Program Diploma Sains Komputer yang telah meninggal dunia pada 28 Julai 2025 yang lalu.
Dalam kunjungan tersebut, Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mewakili UTMSPACE, manakala Ketua Jabatan Sains Komputer dan Perkhidmatan mewakili Pusat Pengajian Diploma telah menyampaikan sumbangan sebagai tanda ingatan serta bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

By clicking “Accept All Cookies”,
you agree to authorizes UTMSPACE for the processing of personal data as stated in the notice.MORE