20 Januari 2026 – UTMSPACE telah menganjurkan UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2026. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex. Wacana ini juga telah disampaikan oleh Alumni UTM iaitu Ir. Ts. Zaim bin Ramli yang kini merupakan Pengurus Projek di Siemens Malaysia Sdn Bhd. Beliau juga telah dianugerahkan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik), 2012, UTM. Wacana pada sesi ini juga mencatatkan kehadiran atas talian seramai 85 orang yang terdiri daripada pelajar, staf, pensyarah, alumni dan masyarakat awam.
Jom tonton semula Wacana ini di link berikut https://fb.watch/EKV5Sx4Jdf/


Recent Comments