Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Y.Bhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan

KERJA-KERJA MENAIK TARAF RANGKAIAN INTERNET

Merujuk kepada perkara di atas, kami memaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian internet di Blok T05, UTM. Ini disebabkan kerja-kerja menaik taraf rangkaian internet yang bakal dijalankan oleh pihak kami.
Berikut adalah butiran mengenai gangguan ini:
* Tarikh dan masa kejadian: 19 Januari 2026, 5.30ptg hingga 6.30ptg
* Tempoh masa: 1 jam.
* Kesan gangguan: Kegagalan mengakses internet termasuk laman sesawang, emel, dan aplikasi dalam talian.
* Tindakan yang diambil: Pasukan teknikal akan berusaha menjalankan kerja-kerja tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.

Kerjasama dan kesabaran anda amatlah kami hargai bagi memudahkan kerja-kerja menaik taraf internet dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sekian untuk makluman dan tindakan.

Terima Kasih.

Bahagian Teknologi Digital (BTeD)
photo
Address: No.34-50, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,  81300 Skudai,Johor. Malaysia