Keselamatan dan Kesihatan UTMSPACE

Objektif

R

Memperkasakan budaya Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di UTMSPACE.

R

Menjadikan UTMSPACE sebagai PTJ yang mematuhi sistem Pengurusan Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yand diwujudkan Universiti.

R

Meminimumkan risiko kepada pekerja dan pihak berkepentingan lain yang mungkin terdedah kepada risiko Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yang berkaitan dengan aktiviti kerja seharian.

R

Meningkatkan kesedaran dan komitmen kakitangan tentang sistem Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di UTMSPACE.

Sasaran

Meminimumkan kemalangan di tempat kerja.

Mewujudkan ruang kerja yang selesa dan selamat untuk semua staf

Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif kepada staf dan pihak berkepentingan lain yang menjalankan kerja di UTMSPACE.

BORANG ADUAN KEMALANGAN/KEJADIAN MERBAHAYA

Kajian Semula Pengurusan

UTMSPACE akan menjalankan kajian semula pengurusan tentang kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dengan mengkaji semula input dari audit dalaman, maklum balas daripada pihak luar dan pencapaian objektif dan sasaran.

Hasil daripada kajian semula, pengurusan hendaklah memasukkan rumusan tentang OH&S serta keputusan dan tindakan yang diperlukan untuk penambahbaikan berterusan.

CARTA ORGANISASI JKKP UTMSPACE 2023/2024

CARTA ERT 2023/2024

Polisi

Occupational Safety, Health and Environment Policy
Polisi Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan