Latar Belakang

Kampus utama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terletak di kawasan strategik seluas 1,177 hektar di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor. UTM mempunyai sebuah kampus lagi yang dikenali sebagai UTM Kuala Lumpur di Jalan Sultan Yahya Petra berkeluasan seluas 18 hektar.

Sejarah penubuhan UTM bermula pada tahun 1904, sebagai Sekolah Teknik Treacher dan kemudian dinaiktaraf sebagai Sekolah Teknik pada tahun 1906. Pada tahun 1942, Sekolah Teknik dinaik taraf kepada Maktab Teknik yang terletak di High Street (kini Jalan Bandar) dan kemudian dipindahkan ke Jalan Gurney (kini Jalan Sultan Yahya Petra).

Pada tahun 1972, Maktab Teknik pula ditukar kepada Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan akhirnya pada 1 April 1975, telah dinaik taraf sebagai universiti dan dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia.

Sejak tahun 1972 hingga Konvokesyen ke-60 pada April 2018, UTM berjaya melahirkan seramai 188,794 graduan dan pada tahun 2018 UTM telah melahirkan seramai 5,619 graduan.

Sehingga November 2018 bilangan mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pasca-siswazah ialah seramai 8,796 orang, manakala mahasiswa ijazah pertama berjumlah 15,630 orang.

UTM merupakan penyumbang terbesar graduan pascasiswazah negara dalam bidang kejuruteraan kerana 40 peratus daripadanya adalah dari UTM.

The main campus of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is located in a strategic area of 1,177 hectares in the Iskandar Development Region, Johor. UTM has another campus known as UTM Kuala Lumpur at Jalan Sultan Yahya Petra with an area of 18 hectares.

The history of UTM began in 1904 as a Treacher Technical School and was later upgraded to a Technical School in 1906. In 1942 the Technical School was upgraded to a Technical College located at High Street (now known as Jalan Bandar) before moving to Jalan Gurney (now known as Jalan Sultan Yahya
Petra).

In 1972 the Technical College became the National Institute of Technology (ITK). On 1 April 1975, it became a university known as Universiti Teknologi Malaysia.

From the year 1972 until the 60th Convocation in April 2018, UTM has produced a total of 188,794 graduates and in 2018, a total of 5,619 students graduated from UTM.

As of November 2018, the number of postgraduates and undergraduates is 8,796 and 15,630 respectively. UTM contributes 40 percent of the country’s postgraduates in engineering.

Urusetia

OFFICE OF LIFELONG LEARNING
UTMSPACE
No. 34-50, Jalan Kebudayaan 1,
Taman Universiti,
81300 Skudai Johor

07-531 8044 / 8045 / 8096