Dewan Sultan Iskandar

Dewan Sultan Iskandar merupakan dewan utama UTM di mana majlis dan acara utama universiti diadakan. Dewan inilah yang menjadi saksi graduan universiti menerima ijazah dan diploma masing-masing pada setiap kali diadakan majlis konvokesyen. Dewan Sultan Iskandar mengambil sempena nama Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Canselor ke-2 UTM dan disempurnakan perasmiannya oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultanah Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad, Canselor ke-3, UTM pada 9 Disember 1989.

Rekaan dewan ini yang mengambil konsep seni bina Melayu Pantai Timur menggunakan kepakaran arkitek universiti. Dewan ini mempunyai dua tingkat, tingkat bawah merupakan ruang utama yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian teres, datar, dan pentas. Manakala tingkat atas ialah ruang galeri dan mempunyai ruang khas yang dikenali sebagai Anjung Diraja untuk kegunaan khas tetamu utama.

Ruang di tingkat atas adalah lebih besar daripada tingkat bawah dan di bahagian tepinya dikelilingi bendul mengambil konsep Rumah Melayu. Latar belakang pentas dibuat berasaskan ukiran kayu dan disulami tenunan tekat emas dan berlatar warna merah pulasan mengambil sempena warna dan tenunan songket pada jubah konvokesyen. Bumbungnya direka bertingkat-tingkat dan curam disesuaikan dengan iklim di kawasan ini yang sentiasa terdedah kepada hujan dan sinaran matahari sepanjang tahun.

Dindingnya terbuat daripada bahan konkrit tetulang menyerupai penyambungan struktur kayu rumah Melayu. Manakala pintu utama masuk ke dewan ini diukir dengan corak bermotifkan lada hitam yang merupakan hasil pertanian utama Negeri Johor. Dewan ini boleh memuatkan seramai 3,456 orang dalam satu masa.

Sultan Iskandar Hall is the main hall in UTM where ceremonies and main events are held. The prominent and unique Sultan Iskandar Hall is where every convocation has been held and has become the pride of all UTM graduates. Sultan Iskandar Hall is named after His Majesty, the late Sultan Iskandar, son of the late Sultan Ismail, the second UTM Chancellor. The hall was officiated by the third UTM Chancellor, on December 9, 1989.

The hall was designed by the university’s architects and it emphasizes the unique concept of Malay architecture. This hall has two floors, the ground floor is the main space, divided into three parts: terrace, terrain, and the stage. While the next level has a gallery and a special space known as the Royal Annexe for special guests of the university.

The space at the second level is larger than the ground floor and the sides are surrounded by girder taking the concept of a Malay house. The background of the stage is based on wood adorned with carvings and complete with gold woven tapestry symbolizing the Malay traditional technology. The gold and maroon tapestry used as the stage backdrop creates a sense of harmony with the convocation robes made of gold songket trimmings. The multilevel designed rooftops suits the climate of the country which is constantly exposed to the rain and sun throughout the year.

The walls of the building were constructed of concrete framework designed like the adjoining wood structure in a Malay house. The main entrance is carved with black pepper motives representing the main crop of Johor. The hall can accommodate 3,456 people at one time.

Urusetia

OFFICE OF LIFELONG LEARNING
UTMSPACE
No. 34-50, Jalan Kebudayaan 1,
Taman Universiti,
81300 Skudai Johor

07-531 8044 / 8045 / 8096