Perarakan

Perarakan memasuki Dewan ialah satu tradisi dalam memulakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia. Upacara yang dijalankan dengan penuh warna-warni serta penuh tertib melambangkan keagungan betapa besarnya warisan budaya bangsa. Perarakan diserikan dengan alunan muzik gamelan yang menggambarkan keberangkatan raja dengan diiringi oleh pembesar-pembesar negeri semasa baginda berangkat ke tempat bersemayam.

Istiadat memasuki Dewan dimulakan dengan para tetamu mengambil tempat duduk. Ini diikuti dengan kemasukan para graduan yang memakai pakaian majlis penyampaian. Sebaik sahaja selesai, Staf Akademik akan berarak masuk, diikuti oleh Pegawai Kanan, wakil Rakan Kerjasama, Ahli Lembaga Pengarah, dan Naib Canselor UTM.

The procession marks the beginning of Universiti Teknologi Malaysia’s Convocation Ceremony. This colourful event is steeped in tradition that reflects the country’s rich cultural heritage. Traditional gamelan music accompanying the procession provides added splendour to the occasion.

The ceremony begins with guests taking their seats in the hall. Next, the procession of graduates with fully attire convocation robe. This is followed by the academic procession comprising Academic Staff, Senior Officials, Representatives of Smart Partners, and Vice-Chancellor of UTM.

Urusetia

OFFICE OF LIFELONG LEARNING
UTMSPACE
No. 34-50, Jalan Kebudayaan 1,
Taman Universiti,
81300 Skudai Johor

07-531 8044 / 8045 / 8096