Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik,

HEBAHAN KEMAS KINI APLIKASI i-SPACE VERSI 4.00.00

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa versi terkini Aplikasi i-Space (v4.00.00) telah berjaya dilancarkan. Sehubungan itu, semua staf adalah digalakkan untuk mengemas kini aplikasi i-Space masing-masing bagi menikmati fungsi baharu serta penambahbaikan prestasi dan pengalaman pengguna yang lebih baik.

Berikut merupakan ringkasan pembaharuan yang disertakan dalam versi terkini:

1. Penambahbaikan Modul Staf

* Penambahbaikan pada header dan susunan menu bagi memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik.
* Penambahbaikan paparan modul News dan Info.
* Penambahbaikan prestasi dan antaramuka modul Attendance.
* Penambahbaikan modul Leave dari segi prestasi, antaramuka dan notifikasi kelulusan cuti.
* Penambahan modul Leave Approval bagi pelulus cuti.
* Penambahan tetapan Dark Mode, saiz font dan penyesuaian menu.
* Penambahan panduan pengguna interaktif bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat berkaitan fungsi aplikasi.

2. Pembetulan Ralat dan Penambahbaikan Keseluruhan

* Beberapa isu berkaitan modul dan paparan aplikasi telah diperbaiki.
* Penambahbaikan prestasi keseluruhan bagi memastikan aplikasi lebih stabil dan lancar digunakan.

Sehubungan itu, semua staf adalah diminta untuk mengemas kini aplikasi i-Space kepada versi terkini bagi menikmati penambahbaikan dan fungsi baharu yang disediakan.

Sekiranya terdapat sebarang isu atau pertanyaan berkaitan aplikasi i-Space, sila kemukakan aduan melalui Portal Sokongan (ICT) untuk tindakan dan bantuan selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah dihargai.