NOTIS PERINGATAN

Tajuk: Matikan Plug dan Perkakasan Elektrik Sebelum Pulang Cuti Berhari Raya

Kepada Semua Warga Kerja,

Sukacita dimaklumkan bahawa sebelum pulang meninggalkan ruang kerja untuk bercuti menyambut Hari Raya, semua diingatkan untuk mematikan semua perkakasan elektrik dan mencabut plug bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, termasuk kebakaran atau kebocoran elektrik semasa ketiadaan.

Langkah-langkah keselamatan:

  1. Matikan suis utama bagi semua perkakasan elektrik.
  2. Cabut plug daripada soket elektrik.
  3. Pastikan tiada peralatan yang dibiarkan dalam keadaan terpasang.

Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama. Terima kasih atas kerjasama anda!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!

Terima Kasih.