Kota Kinabalu, 2 Julai 2025 – UTMSPACE telah mengadakan kunjungan hormat kepada alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tuan Haji Wan Nurmuhammad bin Wan Mustafa, Pengarah Urusan Teras Eramaju Sdn. Bhd. Delegasi UTMSPACE diketuai oleh Prof. Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, bersama beberapa pengurusan UTMSPACE. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim bersama alumni serta berkongsi perkembangan terkini UTMSPACE sebagai penyedia pendidikan berterusan dan profesional di Malaysia.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi jalinan kerjasama strategik dalam pelbagai inisiatif, khususnya yang berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan pelajar. UTMSPACE sentiasa mengiktiraf peranan penting alumni dalam menyokong usaha institusi ke arah kecemerlangan pendidikan dan pembangunan modal insan. Komitmen ini sejajar dengan aspirasi UTM untuk membina jaringan alumni yang aktif, dinamik dan berdaya saing.