21 Januari 2025 – UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2025. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex. Wacana ini juga telah disampaikan oleh Alumni UTMSPACE iaitu En. Adi Razwadi bin Razali yang kini merupakan Ketua Kejuruteraan Data di Petronas Digital Sdn. Bhd. Beliau juga telah dianugerahkan Professional Master in Business Administration, 2022, UTMSPACE. Wacana pada sesi ini juga mencatatkan kehadiran atas talian seramai 77 orang yang terdiri daripada pelajar, staf, pensyarah, alumni dan masyarakat awam.
Jom tonton semula Wacana ini di link berikut https://fb.watch/xf-SD0-QMS/