UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 3/2025 SEMPENA RAMADAN : KEKASIH AWAL DAN AKHIR

25 Mac 2025 – UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 3/2025. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex. Wacana ini juga telah disampaikan oleh Alumni UTM iaitu Ustaz Mohammad Halmi Bin Jaapar yang kini merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di SK Taman Sri Lambak. Beliau juga telah dianugerahkan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), 2015, UTM. Wacana pada sesi ini juga mencatatkan kehadiran atas talian seramai 75 orang yang terdiri daripada pelajar, staf, pensyarah, alumni dan masyarakat awam.

Jom tonton semula Wacana ini di link berikut https://www.facebook.com/share/v/14sQcnsoBCo/

By clicking “Accept All Cookies”,
you agree to authorizes UTMSPACE for the processing of personal data as stated in the notice.MORE