UTMSPACE WACANA ILMU BERSAMA ALUMNI SIRI 5/2025 EVOLUSI SISTEM TELEKOMUNIKASI INDUSTRI REL

13 Mei 2025 – UTMSPACE telah menganjurkan Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 5/2025. Program ini juga diadakan pada jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di FB UTMSPACE dan Webex. Wacana ini juga telah disampaikan oleh Alumni UTM/UTMSPACE iaitu Ts. Ismail Bin Harun yang kini merupakan Konsultan Telekomunikasi di Oriental Consultants Global. Beliau juga telah dianugerahkan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik), 2022, UTM. Wacana pada sesi ini juga mencatatkan kehadiran atas talian seramai 76 orang yang terdiri daripada pelajar, staf, pensyarah, alumni dan masyarakat awam.

Jom tonton semula Wacana ini di link berikut https://www.facebook.com/share/v/1DWQCoBmwq/

By clicking “Accept All Cookies”,
you agree to authorizes UTMSPACE for the processing of personal data as stated in the notice.MORE