9 Okt. 2025, Johor Bahru – Hari Keusahawanan & Forum Keusahawanan Pelajar 2025 telah diadakan di UTMSPACE Johor Bahru. Program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, YBrs. Prof. Dr. Nazri bin Ali. Dalam ucapan YBrs. Prof. Dr. Nazri Ali, beliau menekankan bahawa program keusahawanan pelajar ini adalah satu tunjang untuk menggilap bakat pelajar SPACE UTM untuk terlibat dalam wadah keusahawanan samaada secara fizikal dan digital.
Kehadiran dua orang Alumni UTM iaitu Sr. Mohammad Affandi bin Hj. Mohammad Idris, Pengarah, Affandi Sezali Properties Sdn. Bhd. dan Br. Mohd Shah bin Rahmat, Pengarah, Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. melalui acara forum dilihat mampu memberi pendedahan industri tentang keusahawanan kepada pelajar yang berminat dalam arena keusahawanan di Malaysia dan peringkat global. Turut hadir ke majlis ini, pengurusan tertinggi UTMSPACE dan para pensyarah UTMSPACE Johor Bahru.
Turut dianjurkan adalah program jualan pelajar yang yang melibatkan 51 gerai jualan dan salah satu kumpulan pelajar berjaya telah mencatatkan jumlah jualan tertinggi sebanyak RM638.00. Turut disampaikan Bantuan Pembiayaan Keusahawanan, Tabung Endowmen UTMSPACE bernilai RM3,000.00.