Notis Polisi
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UTMSPACE
1. PENGENALAN
- Selaras dengan pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) UTMSPACE adalah komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi UTMSPACE (“Notis”) ini akan menjelaskan cara bagaimana UTMSPACE mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Akta tersebut.
2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
- Pengumpulan data peribadi oleh UTMSPACE adalah mengikut kaedah yang sah dan adil, selaras dengan objektif pengoperasian UTMSPACE.
3. SUMBER DATA PERIBADI
(a) Peserta / Bakal Peserta (Program Profesional UTMSPACE)
(b) Staf / Bakal Staf
UTMSPACE mengumpul maklumat peribadi anda sebagai rujukan, rekod dan keperluan formaliti dokumentasi semasa berkhidmat atau dalam proses memohon jawatan di UTMSPACE.
(c) Pusat / Bahagian
Pusat / Bahagian di UTMSPACE mengumpul, memproses dan berkongsi maklumat peribadi anda bagi tujuan rekod pengoperasian.
(d) Rakan Kerjasama / Bakal Rakan Kerjasama / Ejen Pemasaran / Bakal Ejen Pemasaran
UTMSPACE mengumpul maklumat peribadi anda apabila membuat permohonan dan/atau pendaftaran sebagai Rakan Kerjasama dan Ejen Pemasaran UTMSPACE
(e) Pelanggan / Kolaborator
UTMSPACE mengumpul maklumat peribadi anda apabila anda menyatakan minat untuk dihubungi bagi acara dan aktiviti pemasaran yang dijalankan di UTMSPACE.
(f) Pembekal / Bakal Pembekal / Penyedia Perkhidmatan / Bakal Penyedia Perkhidmatan
UTMSPACE mengumpul maklumat peribadi anda bagi urusan melibatkan tender, sebut harga dan transaksi pembayaran sebagai sebahagian daripada transaksi komersial.
[Nota: Maklumat peribadi anda yang dinyatakan dalam (a-f) akan dikumpul secara langsung atau tidak langsung melalui laman web UTMSPACE dan/atau melalui kaedah fizikal atau elektronik.]
4. JENIS DATA PERIBADI
- Data Umum termasuklah nama, maklumat pengenalan (mengikut butian dalam kad pengenalan / pasport), tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, bangsa, maklumat imigresen / visa, alamat surat menyurat, nombor telefon dan talian kecemasan.
- Data Peribadi Sensitif termasuklah maklumat mengenai kesihatan dan keadaan fizikal atau mental, status vaksinasi, dan kepercayaan agama.
- Akademik termasuklah rekod akademik, keputusan peperiksaan, anugerah dan pencapaian-pencapaian akademik.
- Kewangan termasuklah maklumat kad kredit, akaun bank, fail cukai dan pendapatan isi rumah.
- Imej dan Rakaman termasuklah gambar, imej digital, rakaman video dan audio, temu bual dan rakaman keselamatan / CCTV
- Teknologi termasuklah data daripada platform teknologi, sistem atau peralatan UTMSPACE (pengimbas masuk / suhu, log akses internet, Microsoft Teams, Portal staf, Portal Pelajar).
- Lain-Lain termasuklah maklumat-maklumat yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh UTMSPACE bagi tujuan yang sah di bawah undang-undang Malaysia.
5. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
- Memproses permohonan pendaftaran pengajian dan perkhidmatan akademik (termasuklah penamatan pengajian, penangguhan, dan graduasi);
- Memproses permohonan bagi program profesional termasuklah kursus dan latihan jangka pendek;
- Membekalkan perkhidmatan sampingan seperti permohonan visa dan perlindungan insurans sepanjang tempoh pengajian dengan UTMSPACE;
- Membantu dalam penempatan, latihan sangkutan dengan agensi luar;
- Mentadbir dan berkomunikasi berkenaan dengan yuran pengajian dan bayaranbayaran lain yang berkaitan (termasuklah permohonan pinjaman, biasiswa dan bantuan kewangan);
- Berurusan bagi tujuan mentadbir atau menguruskan penggunaan kemudahan universiti termasuk keperluan penginapan, perkhidmatan IT, operasi am dan penyelenggaraan perkhidmatan yang disediakan oleh UTMSPACE;
- Membekalkan maklumat berkaitan produk atau perkhidmatan di UTMSPACE;
- Hebahan berkenaan produk, perkhidmatan, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan komersial UTMSPACE yang berkaitan;
- Memberi maklum balas berkaitan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh UTMSPACE;
- Memproses keperluan perjawatan (permohonan baharu, penamatan, atau kenaikan pangkat), penggajian dan pembayaran tuntutan/kemudahan, penyertaan kursus, seminar, forum, latihan jangka pendek, dan pensijilan;
- Penyiasatan berkaitan penipuan, salah laku, penyelewengan akademik atau tindakan yang menyalahi undang-undang;
- Memproses permohonan pendaftaran sebagai ejen atau rakan kerjasama;
- Memproses permohonan pendaftaran sebagai pembekal atau penyedia perkhidmatan; dan
- Mengendalikan pembayaran, tawaran tender / projek, penamatan, atau penyambungan perkhimatan.
6. PEMINDAHAN DATA PERIBADI
- Penaja pelajar/ peserta termasuk ibu bapa atau penjaga;
- Jabatan kementerian, badan pembiayaan, institusi-institusi akademik, professional dan kawal selia industri (dalam dan luar Malaysia);
- Institusi pengurusan kewangan seperti bank, PTPTN, MARA, atau JPA;
- Pembekal atau penyedia perkhidmatan seperti tenaga pengajar luar, penganjur latihan atau acara, syarikat insurans, penasihat profesional, penyedia perkhidmatan IT;
- Agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa tempatan, badan kerajaan dan pengawal selia industri seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan kedutaan asing;
- Ejen dan rakan kerjasama UTMSPACE; dan
- UTMSPACE juga boleh mendedahkan data peribadi and jika dikehendaki berbuat demikian untuk mematuhi keperluan agensi penguatkuasaan, undang-undang, perintah mahkamah, proses undang-undang dan untuk melindungi hak atau harta UTMSPACE.
7. KESELAMATAN DATA PERIBADI
- UTMSPACE akan melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi daripada kehilangan, pengubahan, penyalahgunaan atau pendedahan yang menyalahi undang-undang. UTMSPACE akan memastikan data peribadi tersebut hanya dihadkan kepada staf yang diberikan kuasa untuk menguruskannya untuk mengekalkan kerahsiaan
8. PENGGUNAAN COOKIES
- Cookies yang digunakan oleh laman sesawang hanya dikaitkan dengan pengguna tanpa nama dan komputer mereka dan tidak memberikan data peribadi kepada pengguna. Sesetengah cookies digunakan oleh pihak ketiga untuk memberikan UTMSPACE data tentang keberkesanan penglibatan dan promosi. Cookies yang digunakan oleh laman sesawang tidak sama sekali mengumpul data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna tertentu. Selain itu, cookies adalah bersifat sementara dan digunakan untuk meningkatkan kecekapan penghantaran terakhir. Anda boleh mengkonfigurasi pelayar untuk memberitahu mereka tentang penerimaan kuki dan untuk menghalang pemasangan di komputer anda.
9. TUJUAN PEMASARAN DAN PROMOSI
- Jika anda telah menyatakan persetujuan anda untuk menerima kemaskini pemasaran atau promosi daripada UTMSPACE, anda boleh menarik diri daripada menerima bahan pemasaran atau promosi tersebut dengan menghubungi Pusat / Bahagian yang bertanggungjawab di UTMSPACE.
10. KEWAJIPAN SUBJEK DATA
- Anda dikehendaki membekalkan maklumat peribadi dengan tepat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan UTMSPACE tidak dapat memproses data peribadi bagi pihak anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini atau memberikan perkhidmatan secara berkesan kepada anda.
11. HAK SUBJEK DATA
- Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan, aduan, akses, membuat pembetulan atau menarik balik kebenaran untuk UTMSPACE mengumpul atau mendedahkan data peribadi, anda boleh berbuat demikian dengan memaklumkan kepada Pusat / Bahagian yang bertanggungjawab di UTMSPACE berkaitan hak-hak seperti berikut:
(a) Untuk meminta akses kepada data peribadi;
(b) Untuk meminta pembetulan data peribadi; dan
(c) Untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi
12. PERUBAHAN KEPADA NOTIS
- UTMSPACE berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma dalam Notis ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada anda.
13. PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN
- Bahawasanya melalui penyampaian notis ini, anda telah memahami dengan jelas kandungan yang dinyatakan. Sehubungan itu, anda dipohon untuk mengisi Borang Akuan Kebenaran seperti yang dilampirkan di LAMPIRAN sebagai kebenaran kepada UTMSPACE untuk memproses data peribadi anda.
14. PERTANYAAN DAN ADUAN
- Sebarang makluman lanjut atau aduan, sila hubungi:
Bahagian Undang-Undang Dan Integriti
Aras 5, Blok T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor Malaysia
Tel : +607-531 8028
Emel : legal@utmspace.edu.my